Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

30

Soalan

YB. DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BIN WAN ISMAIL [ PERMATANG PAUH ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan memandangkan aktiviti pembalakan telah merosakkan alam sekitar, apakah tahap perlaksanaan penanaman semula ke atas kawasan hutan yang ditebang, peratusan penanaman semula bagi setiap negeri serta sejauh mana tahap pencemaran alam sekitar yang terkesan akibat aktiviti pembalakan ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,




Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memantau pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) manakala bagi pembalakan di Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik pihak JPSM hanya bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran lesen pembalakan sahaja. Ini adalah kerana aktiviti pembalakan yang dilaksanakan di kawasan hutan Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
Aktiviti pembalakan dalam HSK hanya dilaksanakan dalam Hutan Pengeluaran berdasarkan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dengan menggunakan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System) dan Pembalakan Impak Rendah (Reduced Impact Loging). Pihak JPSM sentiasa memantau aktiviti pembalakan yang dijalankan di dalam HSK agar ianya mematuhi garis panduan serta standard Kriteria dan Petunjuk Malaysian (Malaysian Criteria And Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) [MC&I (Natural Forest)]. Ini bagi memastikan impak kesan pembalakan terhadap alam sekitar adalah terkawal dan pada tahap minimum. Di samping itu, pihak Kementerian sentiasa memantau tahap pencemaran alam sekitar yang terkesan akibat aktiviti pembalakan ini.
Bagi memulihkan semula kawasan yang rosak akibat pembinaan infrastruktur dalam kawasan pembalakan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui pelesen pembalakan telah melaksanakan aktiviti penanaman semula kawasan tersebut.
3
Sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh, (2011 hingga 2015) seluas 4,477 hektar kawasan diusahasil dalam HSK telah berjaya ditanam dengan spesies berkualiti dan bermutu. Penanaman semula di kawasan yang telah diusahasil bagi setiap negeri adalah seperti berikut:
 
Jadual Status Tanaman Semula Dalam Kawasan Usahasil bagi Tempoh 2011-2015
 
NegeriKeluasan HSK diusahasil (Ha)Keluasan ditanam (Ha)

Peratus (%)

 

Johor

4,0861834.48

Kedah

14,239

650

4.56

Kelantan

23,234

80

0.34

Negeri Sembilan

3,196

184

5.76

Pahang

67,998

1,480

2.18

Perak

34,946

1,240

3.55

Selangor

0

248

-

Terengganu

25,265

286

1.13

Melaka

133

0

-

Perlis

0

105

-

Pulau Pinang

0

21

-
JUMLAH173,0974,477

2.58

 
Sekian, terima kasih.

Attachments