Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

16 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

31

Soalan

Ust Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah penyelesaian bagi menangani masalah hakisan pantai di Kuala Nerus khususnya Pantai Mengabang Telipot yang dibina struktur lapis lindung batu (rock revetment) telah menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian sedar akan masalah hakisan yang lebih teruk yang telah berlaku di kawasan utara pantai Mengabang Telipot.
Dalam hal ini, JPS telah mengambil langkah-langkah kecemasan dengan membina struktur lapis lindung batu di pantai Tok Jembal pada pada tahun 2014 dengan kos sebanyak RM97 Juta. Projek ini dijangka siap pada 19 Mei 2017.
Kementerian juga akan mengambil langkah-langkah tambahan dengan menjalankan kajian hidraulik bagi menilai struktur yang paling sesuai dibina bagi mengatasi masalah hakisan secara menyeluruh di sepanjang pantai Kuala Nerus. Peruntukan yang sewajarnya akan dipohon di dalam Rolling Plan 3 di bawah RMKe-11 kelak.


Sekian, terima kasih.

Attachments