Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

37

Soalan

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mekanisme yang boleh diambil untuk mengatasi permasalahan banjir yang semakin kerap berlaku di Parlimen Lipis kerana Empangan Jelai sering melepaskan air takungannya apabila air penuh dan mengakibatkan banjir di kawasan Parlimen Lipis terutamanya ketika bulan Oktober ke Februari di mana taburan hujan pada waktu itu agak tinggi.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Semua empangan-empangan di Malaysia mempunyai SOP (Standard Operating Prosedure) dalam melaksanakan pelepasan air dari empangan. Pelepasan air di empangan Jelai juga terlakluk kepada kepada SOP (Standard Operating Prosedure) yang ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dalam hal ini, bagi membantu menangani masalah banjir di kawasan banjir tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan Kajian Rekabentuk Terperinci Lembangan Sungai Pahang. Hasil daripada kajian tersebut, pihak JPS akan melihat sama ada cadangan-cadangan dari kajian tersebut sesuai untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir di Parlimen Lipis.
Bagi mengatasi masalah banjir di daerah Lipis, JPS telah memohon peruntukan dalam Rolling Plan 3 Tahun 2018 RMKe-11 bagi pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tempoyang, Mukim Penjom, Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur di dalam kawasan Parlimen Lipis.


Sekian, terima kasih.
Attachments