Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

53

Soalan

Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pihak atau agensi manakah yang harus di pertanggungjawabkan didalam kes kematian 3 kanak-kanak akibat mati lemas di kolam bekas lombong bauksit terbiar di Kuantan baru-baru ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kejadian 3 orang pelajar SK Sungai Karang mati lemas telah berlaku di atas tanah hakmilik persendirian berdasarkan rekod Pejabat Tanah Kuantan. Berdasarkan semakan, Pejabat Tanah Kuantan tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan untuk mengeluarkan tanah daripada tapak tersebut. Berdasarkan kepada rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pahang, juga tidak ada sebarang kelulusan Pajakan Melombong (Mining Lease/ML) atau Lesen Melombong Tuan Punya (PML) bagi tujuan melombong mineral bauksit dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Oleh yang demikian, jelaslah tapak tersebut bukanlah bekas lombong bauksit terbiar seperti yang dilapor dalam media massa. Justeru itu, berdasarkan kepada peruntukan undang-undang semasa, pemilik tanah sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan tapak tersebut selamat dengan menimbus kawasan yang telah dikorek. Pihak Kementerian difahamkan bahawa pihak pentadbiran negeri sedang mengambil tindakan ke atas pemilik tanah.
Namun demikian, penduduk kampung telah mengambil inisiatif untuk mengeringkan kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang.


Sekian , terima kasih.
Attachments