Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

31

Soalan

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah cukai petak akan dilaksanakan berikutan Akta Hakmilik Strata pindaan tahun 2016 telah diwartakan bagi pelaksanaan mulai 1 Januari 2017 dan apakah usaha yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan urusniaga/ pindahmilik yang berkaitan tidak dapat dijalankan jikalau seseorang pemilik mempunyai tunggakan caj servis yang belum dijelaskan walaupun cukai petaknya telah dibayar.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Berikutan kuatkuasa Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [Akta A1518] pada 1 Januari 2017, cukai petak dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesediaan Pihak Berkuasa Negeri. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Pengarah-Pengarah Tanah Malaysia yang bersidang pada 19 Disember 2016 telah dimaklumkan bahawa Negeri-negeri yang bersedia untuk melaksanakan cukai petak pada 1 Januari 2018 adalah seperti berikut:
(1) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
(2) Pulau Pinang;
(3) Melaka; dan
(4) Selangor.
Buat masa ini, Kerajaan tidak menghalang urusniaga/ pindahmilik sekiranya seseorang pemilik mempunyai tunggakan caj servis yang belum dijelaskan walaupun cukai petaknya telah dibayar.


Sekian, terima kasih.

Attachments