Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

22 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

31

Soalan

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai mekanisme untuk memantau serta mengawal pemilikan asing terhadap hartanah di dalam negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,




Garis Panduan Perolehan Hartanah oleh kepentingan asing telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara ke-70 yang bersidang pada 18 November 2014. Garis panduan ini menyenaraikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi berkaitan dengan perolehan hartanah oleh kepentingan asing seperti yang berikut:
“ VI. SEKATAN
10. Kepentingan asing TIDAK DIBENARKAN memperoleh:
10.1 Hartanah yang bernilai kurang daripada RM1,000,000 seunit;
10.2 Unit kediaman di bawah kategori kos rendah dan sederhana rendah seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri;
10.3 Hartanah di atas Tanah Rizab Melayu; dan
10.4 Hartanah yang telah diperuntukkan kepada kepentingan Bumiputera dalam suatu projek pembangunan hartanah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.”


Sekian, terima kasih.
Attachments