Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

22 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

46

Soalan

Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha-usaha yang di buat hingga membolehkan Sungai Kerayong yang hampir selari dengan Lebuhraya Baru Pantai (E10) mempunyai air yang jernih dan hijau yang boleh dicontohi berbanding banyak lagi sungai-sungai sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah mengambil inisiatif dalam usaha meningkatkan kualiti air Sungai Kerayong daripada kelas III- IV kepada kelas IIB di bawah pelaksanaan Projek Pembersihan Sungai dan Pengindahan Sungai (River of Life) bagi sungai-sungai utama di Bandaraya Kuala Lumpur.


Sekian, terima kasih.

Attachments