Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

22 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

53

Soalan

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan butiran peruntukan untuk projek tebatan banjir, naik taraf longkang, sungai dan lain-lain projek berkaitan mengikut pecahan kawasan Parlimen di Pulau Pinang dari 1990-2016.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Bagi negeri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM953 juta untuk melaksana projek-projek tebatan banjir dan saliran bandar di negeri tersebut dia ntara tahun 1990 hingga 2016.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.1 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek di kawasan Parlimen Kepala Batas iaitu sebanyak RM2.0 juta adalah untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kepala Batas, manakala RM1.1 juta lagi bagi melaksana projek Masalah Perparitan Di Kuala Bekah Bertam, Kg. Padang Penaga dan Kg. Tg. Rambai Pinang Tunggal.
Selain itu, sebanyak RM510 juta telah diperuntukkan bagi melaksana projek-projek tebatan banjir dalam kawasan parlimen Tasik Gelugor iaitu sebanyak RM467 juta bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang (Sg. Perai) dan RM43 juta lagi adalah untuk projek Rancangan Tebatan Banjir Tasek Gelugor.
Sebanyak RM439.9 juta pula telah diluluskan bagi pelaksanaan projek-projek seperti berikut:
1. Melaksana projek Saliran Bandar, Pulau Pinang (RM40 juta);
2. Kajian/Rekabentuk dan Pelbagai RTB Pulau Pinang (RM330.5 juta);
3. Pengurusan Banjir Bukan Struktur (RM7.5 juta);
4. Program Penyediaan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai (Pelbagai Negeri) (RM11.9 juta);
5. Rancangan Tebatan Banjir Bertam Kepala Batas (RM7 juta);
6. Program Penyediaan Pelan Induk dan Rekabentuk Terperinci Tebatan Banjir Lembangan Sungai (RM20.4 juta); dan
7. Penyediaan Pelan Induk dan Peta Hazard Banjir bagi Lembangan Sungai Pelbagai Negeri (RM22.6 juta) bagi parlimen Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Balik Pulau.


Sekian, terima kasih.
Attachments