Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

22 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

61

Soalan

Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah projek tebatan banjir di Kelantan yang diberikan peruntukan sebanyak RM800 juta di bawah RMK-11 akan bermula.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 yang merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir, Living River, Saliran Mesra Alam dan Water Balance. Kontraktor bagi projek ini dijangka akan dilantik pada bulan Julai 2017.
Selain itu, projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 turut diluluskan di bawah RMKe-11 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan pantai yang dijangkakan akan bermula pada bulan Julai 2017.


Sekian, terima kasih

Attachments