Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

22 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

62

Soalan

Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan alasan benteng banjir di Kota Bharu dibina kurang daripada 1 meter daripada yang sepatutnya sebagaimana yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Apakah implikasi kekurangan 1 meter tersebut dalam usaha menangani ancaman banjir di Kota Bharu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Projek Rancangan Tebatan Banjir Di Lembangan Sg. Kelantan Fasa 1 telah dilaksanakan dengan objektif menyediakan infrastruktur tebatan banjir bagi mengurangkan masalah banjir akibat limpahan air Sungai Kelantan di Bandar Kota Bharu.
Projek ini yang merangkumi pembinaan flood wall dan earth bund di sepanjang 3.7km dari Istana Kota Lama sehingga Kg Tikat dengan pembinaan sebuah pintu air ini telah siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2013. Dalam hal ini, pembinaan komponen benteng banjir di dalam projek tersebut dibina kurang daripada 1 meter yang disesuaikan dengan peruntukan yang diluluskan setelah mengambil kira rekabentuk minimum Annual Recurrence Interval (ARI) bagi tempoh 50 tahun.
Bagaimanapun, keperluan ketingggian 1 meter tersebut akan dikaji semula dalam melaksanakan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 2 dan Fasa 3.


Sekian, terima kasih.

Attachments