Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

23 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

45

Soalan

YB TUAN SIM TONG HIM [KOTA MELAKA] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:
a. Jumlah keluasan hutan simpanan setiap negeri pada tahun 2016 dan juga keluasannya pada tahun 2000; dan
b. Sebab-sebab yang mengakibatkan kekurangan drastik hutan simpanan ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2000 dan 2016 adalah seperti berikut:
Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) pada Tahun 2000 dan 2016
Bil. Negeri Keluasan HSK* Mengikut Tahun (hektar) 2000 2016
1
Johor
358,096
414,627
2
Kedah
346,516
341,976
3
Kelantan
629,687
635,437
4
Melaka
5,332
5,137
5
Negeri Sembilan
168,721
155,650
6
Pahang
1,517,594
1,559,913
7
Perak
1,001,705
999,474
8
Perlis
10,409
10,799
9
Pulau Pinang
6,406
6,060
10
Selangor
235,312
250,129
11
Terengganu
557,661
544,883
12
WPKL
61
68
JUMLAH
4,837,500
4,924,153
Nota : *Termasuk Cadangan Hutan Simpanan Kekal (HSK)
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya keluasan HSK telah bertambah sebanyak 86,653 hektar dalam tempoh 16 tahun bermula pada tahun 2000 hingga 2016. Walau bagaimanapun, terdapat pengurangan keluasan HSK bagi Negeri Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu. Ini disebabkan oleh pewartaan keluar HSK bagi tujuan program pembangunan tanah.


Sekian, terima kasih

Attachments