Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

33

Soalan

TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada kilang getah milik Tetuan Kian Lee SMR Factory Sdn. Bhd. di Buloh Kasap dan kilang sawit milik Tetuan Milik Mestika Sdn. Bhd. di Jementah/Kebun Bahru telah menenuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk mengawal pencemaran udara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Bagi premis Kian Lee SMR Factory Sdn Bhd dan juga Kilang Milk Mestika Sdn Bhd merupakan kilang yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kedua- dua kilang ini mempunyai Jadual Pematuhan yang menggariskan syarat- syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak kilang bagi mematuhi semua peruntukan yang telah ditetapkan.
Bagi Premis Kian Lee SMR Factory Sdn Bhd, siasatan terkini menunjukan premis memenuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan khususnya dalam aspek pencemaran udara. Bagi pemantauan pencemaran bau, JAS telah menetapkan kepekatan bau hendaklah dipantau secara dua kali setahun (6 bulan sekali) dan laporan di hantar ke JAS Cawangan Muar. Berdasarkan persempelan oleh Lembaga Getah Malaysia menunjukan bacaan kepekatan bau dalam sempel udara adalah antara 779 ou/m3 hingga 1,576 ou/m3. Hasil persempelan oleh Lembaga Getah Malaysia menunjukan tiada standard untuk pencemaran bau ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 untuk dibuat perbandingan bagi permis Kilang Getah.
Oleh kerana kepekatan bau ini masih memberi kesan kepada penempatan penduduk yang terhampir memandangkan jarak premis dan penempatan hanyalah 200 meter dan berada dalam lingkungan jejari 500 meter zon penampan yang ditetapkan, premis telah diarahkan untuk meningkatkan kawalan pencemaran bau melalui alat kawalan
pencemaran udara dan juga meningkatkan aspek pengurusan stor bahan mentah “ cup lump” yang diterima bagi mengurangkan kesan pencemaran bau di penempatan terhampir. Pemantauan ini dilakukan melalui pengauatkuasaan secara berterusan oleh JAS Cawangan Muar.
Sementara itu bagi premis Milik Mestika Sdn. Bhd, siasatan terkini menunjukkan premis mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan khususnya dalam aspek kawalan pencemaran udara. Berdasarkan percontohan cerobong terkini menujukkan premis masih mematuhi standard yang ditetapkan. Selain itu juga premis turut memasang Continuous Emmision Monitoring System bagi memantau pelepasan ke udara setiap masa dan dipantau juga oleh pihak Jabatan.


Sekian, terima kasih.

Attachments