Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

37

Soalan

YB TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang kuasa dan tanggungjawab setiap Jabatan Perhutanan Negeri :-
(a) adakah ia perlu mendapat kelulusan dari Kementerian untuk menawarkan projek Tanaman Pelbagai Spesis ; dan
(b) adakah projek Tanaman Pelbagai Spesies ini juga terlibat dengan pembalakan di tapak berkenaan

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Tanah Negara (MTN) pada tahun 2012 telah meluluskan seluas 439,189 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Zon Pembangunan Ladang Hutan di Semenanjung Malaysia yang melibatkan perkara-perkara berikut:
i. Ladang hutan yang mencukupi ditubuhkan di seluruh negara untuk menampung bekalan kayu;
ii. Ladang hutan dari spesies-spesies cepat tumbesaran dan spesies-spesies bermutu tinggi ditubuhkan di kawasan yang sesuai; dan
iii. Pihak swasta digalak untuk melabur dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, proses kelulusan untuk menawarkan projek penubuhan ladang hutan di negeri-negeri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri selaras dengan Perkara 74(2) Perlembangaan Persekutuan.
Pembalakan yang diluluskan dalam kawasan Zon Pembangunan Ladang Hutan adalah bertujuan untuk pembersihan dan penyediaan tapak tanaman spesies ladang hutan.


Sekian, terima kasih.

Attachments