Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

29 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

39

Soalan

Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi mengatasi hakisan pantai bagi tanah perkuburan Islam Pantai Bakam dan hakisan di Kampung Lajong Kuala Niah.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Berdasarkan kepada kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui National Coastal Erosion Study 2015 (NCES 2015), keadaan hakisan di kawasan Kuala Sungai Niah dan Pantai Bakam berada di dalam kategori 3 (Acceptable) iaitu tidak memerlukan tindakan mendesak pada ketika ini.
Walau bagaimanapun, Kementerian sentiasa memantau keadaan hakisan di kawasan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku hakisan yang boleh mengganggu keselamatan di kawasan tersebut pada masa akan datang. Kementerian akan memohon peruntukan yang sewajarnya dalam Rolling Plan 3 RMKe-11 kelak.


Sekian, terima kasih.
Attachments