Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

29 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

48

Soalan

Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :
(a) senarai projek-projek tebatan banjir sepanjang Sungai Kelantan di Kuala Krai yang diputuskan dalam pembentangan Bajet 2016; dan
(b) status projek tebatan banjir di Kuala Krai tersebut sehingga kini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


a) Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe -11), Kerajaan akan melaksanakan Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 yang merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir dengan peruntukan sebanyak RM500 juta. Walau bagaimanapun, di Kuala Krai ianya tidak termasuk dalam PLSB berkenaan tetapi JPS melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sungai yang meliputi skop kerja penstabilan tebing sungai yang impaknya menjurus kepada pengurangan banjir.
b) Kerja-kerja penstabilan tebing akan dilaksanakan pada tahun ini.


Sekian, terima kasih.

Attachments