Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

13

Soalan

Datuk Dr. Ewan Bin Ebin [Ranau] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan daripada jumlah peruntukan sebanyak RM115 juta yang diumumkan dalam Bajet 2016 berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan bagi menampung kos penyukatan (untuk pemilikan) Tanah Adat di Negeri Sabah, serta senaraikan keluasan tanah yang disukat mengikut daerah.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,


Kementerian ini telah bertindak sebagai pemilik kepada projek Pengukuran Tanah Hak Adat NCR Negeri Sabah hanya dari tahun 2011 sehingga 2014. Sepanjang tempoh tersebut, RM23,679,479.53 telah digunakan sebagai perbelanjaan daripada jumlah peruntukan keseluruhan yang telah diluluskan sebanyak RM25,703,600.
Namun yang demikian, urusan pengukuran tanah-tanah NCR di Sabah kini diambil alih oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Justeru, hal-hal berkaitan jumlah wang yang telah dibelanjakan bagi kerja-kerja penyukatan tanah adat di Sabah berdasarkan peruntukan Bajet 2016 adalah di bawah bidang kuasa ICU sebagai pemilik projek ini yang terkini.


Sekian, terima kasih.
Attachments