Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

40

Soalan

YB. DATO’ NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa jenis bilangan terkini haiwan liar yang dilindungi dan dianggarkan masih hidup setakat ini serta berapa orang yang ditangkap kerana memiliki haiwan tersebut dan bilangan haiwan yang terlibat sejak 5 tahun kebelakangan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] merupakan Akta utama yang diperuntukkan bagi perlindungan dan pemuliharaan hidupan liar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat Sebanyak 249 spesies tempatan daripada 1,054 spesies yang dilindungi dan 601 spesies tempatan daripada 1,393 spesies yang dilindungi sepenuhnya telah dijadualkan di dalam Akta 716.


Kerajaan melalui Jabatan PERHILITAN amat komited di dalam menguatkuasakan Akta 716. Sejak tahun 2012 sehingga kini, sebanyak 371 orang telah ditangkap di bawah kesalahan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan sebanyak 30,352 ekor hidupan liar yang terlibat di bawah kesalahan-kesalahan tersebut telah berjaya diselamatkan daripada memasuki pasaran gelap jenayah hidupan liar.


Sekian, terima kasih.
Attachments