Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

57

Soalan

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) sama ada pihak Kementerian bercadang untuk membina tembok di kawasan pantai yang rendah dan terjejas akibat kenaikan paras air laut, kesan pemanasan global; dan
(b) sekiranya ada, senaraikan kawasan yang terlibat serta kos yang terbabit.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


a) Kementerian sedar terdapatnya kawasan-kawasan rendah yang terjejas akibat kejadian air pasang besar kesan peningkatan paras air laut. Kejadian air pasang besar yang berlaku pada akhir tahun 2016 telah menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan pantai barat yang berhadapan laut Selat Melaka. Bagi kawasan-kawasan yang terjejas, Kementerian telah melaksanakan kerja-kerja membaikpulih struktur-struktur ban pantai yang telah rosak akibat banjir daripada fenomena air pasang besar yang berlaku.


b) Antara kawasan yang terjejas akibat air pasang besar adalah di Kuala Muda (Kedah), Seberang Perai (Pulau Pinang), Hilir Perak (Perak) dan Klang (Selangor). ). Peruntukan yang disalurkan dalam tahun 2016 adalah sebanyak RM3 juta - Perak (RM1 juta), Kedah (RM500 ribu), Pulau Pinang (RM700 ribu), Perlis (RM500 ribu) dan Selangor (RM300 ribu.
Fenomena air pasang besar dijangka berulang kesan daripada kenaikan suhu global dan peningkatan aras air laut yang sedang dan telah melanda Malaysia. Oleh yang demikian, Kementerian dari semasa ke semasa akan memantau serta mengkaji keperluan untuk membina tembok di kawasan yang terjejas dengan fenomena ini. Kementerian akan memohon peruntukan melalui Rolling Plan 3 RMKe-
11 untuk membina struktur-struktur penahan di kawasan-kawasan yang terlibat.


Sekian, terima kasih.
Attachments