Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

411

Soalan

TUAN HEE LOY SIAN [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) hasil siasatan daripada pencemaran Sungai Buah, Nilai di Negeri Sembilan yang disalirkan ke Sungai Semenyih November 2016 lepas; dan
(b) syarikat yang didakwa bertanggungjawab mencemarkan Sungai Buah, Negeri Sembilan sehingga mengakibatkan putus bekalan air di Lembah Klang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


(a) Pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan siasatan secara komprehensif berhubung dengan isu pencemaran daripada Sungai Buah bermula pada Oktober 2016. Berdasarkan siasatan, terdapat 2 sektor utama punca yang disyaki telah disiasat iaitu melibatkan pemeriksaan ke atas punca industri tertakluk Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 di kawasan Nilai dan juga punca daripada pertumpahan bahan kimia di Lebuhraya Elite. Kesimpulan terhadap pemeriksaan terhadap 59 buah premis yang beroperasi di kawasan Nilai mendapati ianya mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Manakala bagi insiden pertumpahan bahan kimia di Lebuhraya Elite dua (2) Kertas Siasatan telah dibuka untuk penelitian lanjut. Satu (1) Kertas Siasatan telah dihantar untuk pertimbangan Penasihat Undang – Undang Jabatan bagi ketetapan lanjut. Manakala Kertas Siasatan ke-2 masih dibuka untuk siasatan terperinci dengan kerjasama agensi lain yang berkaitan.


(b) Memandangkan Kertas Siasatan ini masih diteliti oleh pihak Penasihat Undang-Undang, pesalah yang bertangungjawab masih belum boleh didedahkan. Memandang kes ini memerlukan kerjasama dan perkongsian maklumat antara agensi, penelitian dan pembuktian jaringan kes mengambil masa untuk dimuktamadkan.


Sekian, terima kasih.
Attachments