Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

446

Soalan

TUAN AHMAD MARZUK BIN SHAARY [ BACHOK ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kesan pemanasan global ke atas penduduk di sekitar pantai dan sungai. Apakah kajian-kajian terkini yang telah dilakukan oleh Kerajaan berkenaan kesan pemanasan global.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Antara impak perubahan iklim kepada kepada kawasan sekitar pantai dan sungai yang direkodkan adalah kenaikan aras air, hakisan pantai, kemasukan air masin ke kawasan tanaman, kerosakan fizikal infrastruktur, dan pencemaran sumber air.
Bagi memahami dengan lebih jelas mengenai kesan perubahan iklim khususnya kepada kawasan sekitar pantai dan sungai, Kerajaan telah melaksanakan kajian-kajian seperti berikut:


i. Study of the Impact of Climate Change on the Hydrologic Regime and Water Resources of Sabah & Sarawak (oleh Pusat Penyelidikan Sumber Air Kebangsaan – NAHRIM);


ii. Climate Projection Downscaling for Peninsular Malaysia and Sabah-Sarawak Using Hadley Centre PRECIS Model (oleh NAHRIM);


iii. Climate Change Factor for Design Rainfall in Malaysia (oleh NAHRIM); dan


iv. Climate Change Impact on the hydrological and Hydraulic Performance of Bekok and Labong Dam in Johor (oleh NAHRIM).
Kajian-kajian ini telah dijadikan asas bagi perancangan dasar dan strategi bagi menangani impak perubahan iklim oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) khususnya bagi melaksanakan program tebatan banjir dan menangani hakisan sungai.


Sekian, terima kasih.
Attachments