Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

538

Soalan

TUAN KHOO SOO SEANG [ TEBRAU ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah "e-waste" yang dikumpulkan sejak permulaan Program "E-waste" Alam Alliance mengikut tahun dan jenis komponen serta "repurpose" ke atas "e-waste" yang telah dikumpul dan diasingkan seperti Singapura meleburkanya menjadi bar kuprum untuk dijual sebagai bahan mentah kepada sektor pembuatan.

Jawapan

Program E-waste Alam Alliance yang telah dilancarkan pada 11 Disember 2013 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap pengurusan buangan elektrik dan elektronik (E-waste) dari isi rumah yang dimiliki dengan melaksanakan kaedah pengutipan, pengasingan, pengangkutan, pelupusan e-waste yang dihasilkan dari isi rumah secara efektif.
Program ini diterajui oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang turut disertai oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Johor, Majlis Bandaraya Melaka, Perbadanan Putrajaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Program ini juga turut melibatkan sektor swasta iaitu retailers yang terlibat sebagai pusat pengumpulan dan pihak kemudahan pemerolehan kembali penuh E-waste yang dilesenkan oleh JAS yang bertindak sebagai pusat pelupusan.
Jumlah E-waste yang dikumpulkan semenjak Program E-waste Alam Alliance dilancarkan ialah sebanyak 1,304,118 kg bersamaan 1304.118 metrik tan.
3
Jadual 1: Jumlah E-waste yang terkumpul melalui Program E-waste Alam Alliance sehingga 31 Januari 2017 Jenis E-waste Berat (kg)
2014
2015
2016
2017


Televisyen
10037
24238
54929
2835


Penyaman udara (AC)
2725
911
1272
123


Mesin Basuh
17287
23868
22560
4726


Peti sejuk
10349
6766
8016
1679


Komputer
76004
156,684
218,435
121,989


Telefon bimbit
1859
1111
235
21


Mesin pencetak
5838
127,456
200,300
43015


Lain-lain
22630
37575
98645
17586 


JUMLAH 146,729 378,609 604,392 174,388


Melalui pemerolehan kembali (recovery) E-waste, beberapa bahan/ logam bernilai (precious metals) dapat diperolehi seperti emas, platinum, palladium, tembaga (copper), aluminium, besi, keluli, kaca dan seramik yang dijual sebagai bahan mentah (raw materials) kepada industri pembuatan.


Sekian, terima kasih
Attachments