Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

29 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

3

Soalan

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara terperinci berapakah jumlah rizab tanah Melayu yang masih tinggal.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,


Urusan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.
Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah.


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif untuk menyelaras dan membangunkan pengkalan data Tanah Rizab Melayu dengan mengadakan Mesyaurat Jawatankuasa Pemandu dengan Pejabat Tanah Galian neger-negeri berkaitan. Jumlah Tanah Rizab Melayu yang dilaporkan oleh negeri-negeri dalam Mesyuarat tersebut sehingga Oktober 2016 dianggarkan seluas 4 juta Hektar.
Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan Tanah Rizab Melayu bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.


Sekian, terima kasih.
Attachments