Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

30 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

6

Soalan

Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah projek tebatan banjir akan mula dibina di sepanjang Sungai Golok setelah pengisytiharan Timbalan Perdana Menteri berkaitan kelulusan peruntukan RM800 juta untuk projek ini baru-baru ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Di bawah Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-11), Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi Kelantan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM300 juta diperuntukan bagi projek Pembangunan Lembaga Bersepadu ( PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan Baki peruntukan sebanyak 500 juta pula, diperuntukan bagi projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan.


PLSB Sungai Golok Fasa 1 merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan pantai. Projek tersebut meliputi kerja-kerja mitigasi banjir melalui pembinaan ban, pennaiktarafan system saliran dan pembinaan struktur pintu kawalan. Anak-anak sungai yang terlibat dalam projek PLSB Sg. Golok ialah Sg.Mentua, Sg. Alor Mengkuang, Sg. Lemal-Lancang, Sg.Jedok, Sg.Meranti dan Sg.Pengakalan Nangka.
Status projek Pembangunan Lembaga Bersepadu (PLSB) Sungai GOlok Fasa 1 adalah seperti berikut:


1. Kerja ukur kejuruteraan- siap
2. Pengambilan tanah- sedang dilaksanakan
3. Tender- dijangka pada Julai 2017


Sekian, terima kasih
Attachments