Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

04 April 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

38

Soalan

YB TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan yang diambil terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti pembalakan haram kawasan tadahan Ulu Muda, Kedah yang mengancam kawasan tadahan air sehingga Empangan Brisu dan Muda turun, serta nyatakan usaha pemuliharaan semula dijalankan, kos terlibat dan tempoh masa pulih.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Hutan Simpan Ulu Muda di Kedah seluas 105,509 hektar terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Hutan Pengeluaran seluas 88,232 hektar untuk tujuan pengeluaran kayu secara berkekalan dan kawasan hutan tadahan air seluas 17,277 hektar yang dikategorikan sebagai Hutan Perlindungan.
Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri Kedah tiada aktiviti pembalakan dilaksanakan dalam kawasan hutan tadahan air di HS Ulu Muda. Walau bagaimanapun seluas lebih kurang 11,091 hektar atau 12.6% daripada kawasan Hutan Pengeluaran tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk dilaksanakan pembalakan.
Aktiviti pembalakan di kawasan ini dilaksanakan mengikut amalan Sistem Pengurusan Memilih (SMS) di mana hanya pokok-pokok yang telah dikenal pasti dan ditanda untuk ditebang sahaja boleh dikeluarkan. Pelaksanaan sistem SMS ini perlu mematuhi keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) untuk pensijilan pengurusan hutan yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan kehidupan masyarakat setempat. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sentiasa meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pihak pelesen pembalakan sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah .
3
Bagi memulihkan kawasan terosot akibat aktiviti pembalakan yang diluluskan dalam Hutan Pengeluaran, pihak pelesen disyaratkan untuk melaksanakan tanaman pokok di kawasan matau sementara, lorong-lorong penarik dan kawasan lapang dalam kawasan yang dilesenkan. Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM100,000 bagi tahun 2016 untuk tujuan pemulihan dan penghutanan semula melalui peruntukkan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH).


Sekian, terima kasih.

Attachments