Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

04 April 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

11

Soalan

YB. DATUK RAIME BIN UNGGI [ TENOM ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk meningkat serta memulihkan kawasan hutan yang terjejas akibat aktiviti penerokaan dan bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk aktiviti pemulihan kawasan yang terjejas akibat banjir, tanah runtuh dan penerokaan haram melalui penanaman pokok di bawah Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot di Semenanjung Malaysia. Di bawah Program ini, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan melaksanakan aktiviti pemulihan melalui penanaman semula dan penyelenggaraan pokok-pokok di kawasan yang telah dikenal pasti di mana keutamaan diberikan kepada kawasan Cameron Highlands dan Janda Baik, di Pahang; dan Lembangan Sungai Kelantan, Kelantan.
Sekian, terima kasih.

Attachments