Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

05 April 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

54

Soalan

Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jabatan yang terbabit untuk mempercepatkan projek tebatan banjir di kawasan mukim Siong dan Bongor kerana banjir berlaku setiap tahun.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Jabatan yang terbabit adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan Mukim Siong dan Bongor. Dalam hal ini, peruntukan yang telah diluluskan bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Daerah Baling adalah sebanyak RM15 juta. Projek tersebut meliputi kawasan mukim Siong dan Bongor. Skop kerja yang terlibat adalah merangkumi kerja pembinaan ban, pengukuhan tebing, pengorekan sungai, pembinaan drainage outlet saliran dalaman dan juga pengambilan tanah. Pihak Kementerian ketika ini sedang dalam proses penyediaan rekabentuk terperinci dan projek ini dijangka akan ditender pada tahun ini.


Sekian, terima kasih.

Attachments