Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 April 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

34

Soalan

Dato' Sri Dr Haji Irmohizam Bin Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan supaya mengkaji semula Standard Operating Procedure (SOP) aktiviti perlombongan dengan mewajibkan setiap pengusaha lombong menimbus semula bekas lombong bagi mengelak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini disamping mengenakan tindakan berat ke atas mereka yang gagal mematuhinya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Seksyen 20 Akta Pembangunan Mineral 1994 berkenaan peninggalan lombong (mine abandonement) memperuntukkan mana-mana lombong atau kawasan pembendungan buangan (waste retention areas) yang akan diberhentikan dan ditutup hendaklah dijadikan selamat sebelum ditinggalkan. Kegagalan mematuhi peruntukan seksyen 20 Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Di samping itu, di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Skim Pengedalian Melombong, Pelan dan Buku Rekod) 2007 telah mewajibkan semua pengusaha untuk mengemukakan suatu Skim Pengendalian Melombong yang antara lainnya mengandungi cadangan pemulihan secara progresif dan cadangan penutupan lombong. Skim tersebut perlu dipatuhi oleh pengusaha dan aktiviti tersebut dikawalselia oleh Jabatan Mineral dan Geosains.


Kaedah menimbus lubang yang terhasil daripada aktiviti pengekstrakan mineral merupakan salah satu dari kaedah-kaedah pemulihan bekas lombong. Walau bagaimanapun, terdapat kaedah lain yang boleh digunakan oleh pengusaha bagi memulihkan lombong mengikut perancangan kegunaan akhir tanah tersebut seperti penstabilan cerun, dan revegetation.
Dalam hal ini, Kementerian menegaskan sekiranya pengusaha gagal untuk mematuhi Skim Pengendalian Melombong yang telah diluluskan
akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan perundangan yang sedang berkuat kuasa.


Sekian, terima kasih.
Attachments