Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 April 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

36

Soalan

TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) keluasan kawasan penambakan laut yang telah dijalankan oleh setiap negeri sejak tahun 2000 dan nyatakan syarat-syarat yang dikenakan oleh pemaju, kontraktor dan kerajaan negeri untuk menjalankan projek tambak laut ini; dan
(b) adakah kelulusan telah diberi kepada negeri Melaka untuk penambakan laut di pantai pekan Umbai Melaka, keluasannya 450 ekar.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,


(a) Keluasan kawasan penambakan laut berdasarkan kepada Laporan EIA yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak tahun 2000 sehingga 2016 adalah 8395.66 hektar. Pemaju projek hendaklah mematuhi syarat-syarat kelulusan Laporan EIA yang antara lainnya mengandungi pelaksanaan langkah-langkah kawalan, pelan pengurusan alam sekitar, pematuhan kendiri (self regulation), audit alam sekeliling, pelaporan dan sebagainya.


(b) Berdasarkan kepada semakan, JAS masih belum menerima Laporan EIA daripada pemaju projek berkenaan penambakan laut di pantai Pekan Umbai, Melaka yang berkeluasan 450 ekar. Sehubungan itu, tiada kelulusan terhadap Laporan EIA bagi cadangan projek tersebut yang dikeluarkan oleh JAS.


Sekian, terima kasih.

Attachments