Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

24 July 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

93

Soalan

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [Lumut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan menghentikan Projek Tambak Pantai Teluk Muroh menyebabkan bau busuk dan tiada keselesaan penduduk setempat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Projek Tambak Pantai Teluk Muroh berkeluasan lebih kurang 17.8 hektar bertujuan untuk membangunkan penempatan nelayan, infrastruktur asas, rekreasi, medan selera, kawasan pemunggahan hasil tangkapan nelayan dan tempat penyelenggaraan bot. Projek ini telah dimulakan pembinaan pada 1 Mac 2016 dan dijangka tamat pada 28 Februari 2018.

2. Berhubung dengan aduan bau busuk, siasatan mendapati bau selut di sekitar tapak projek adalahberpunca daripada dasar pantai yang berlumpur secara semulajadi dan terdedah kepada udara. Kerja pengorekan dasar pantai juga menyebabkan bau selut timbul. Kehadiran bau ini adalah bersifat sementara akibat daripada faktor semula jadi semasa kerja-kerja tambakan berjalan.

3. Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memantau aktiviti ini bagi memastikan kesan bau ini dapat diminimakan agar kehidupan penduduk setempat tidak terganggu akibat daripada projek ini.

Sekian, terima kasih.


Attachments