Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

25 July 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

1

Soalan

​YBM JAWAB

Dato’ Dr. Noraini bt Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan Kementerian dalam memastikan kedudukan semua utiliti bawah tanah dikenal pasti dan dipetakan bagi membantu Kerajaan dalam pembangunan prasarana negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian telah mengambil tindakan memetakan utiliti bawah tanah menerusi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). JUPEM bertindak sebagai badan repositori dengan membangunkan Pangkalan Data Utiliti Bawah Tanah Kebangsaan (PADU) serta memperolehi peralatan pengesanan bagi melaksanakan kerja-kerja verifikasi. Selaras dengan keputusan Kabinet pada tahun 1994 dan 1998 Bahagian Pemetaan Utliti telah ditubuhkan dengan seramai 55 orang.
Utiliti bawah tanah ini melibatkan TNB, Telekom, pembentungan air dan gas. Sehingga kini, JUPEM telah melaksanakan verifikasi sepanjang 1052.4km (perincian seperti di lampiran) dan telah menghasilkan sejumlah 652 peta utiliti bawah tanah bagi kawasan Putrajaya, Cyberjaya, sebahagian Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Utiliti bawah tanah ini amat penting pada negara ia memberi kesan kepada alam sekitar (banjir), pembangunan, keselamatan dan ekonomi negara.
Antara kekangan yang dihadapi oleh Jupem adalah :-
a) Kakitangan yang tidak mencukupi pada masa kini Bahagian Pemetaan Utiliti hanya mempunyai 49 orang sahaja dan
b) Data yang diperolehi daripada penyedia utiliti tidak memenuhi spesifikasi yang telah di tetapkan,
Untuk jangka masa hadapan, JUPEM akan meningkatkan kerjasama dengan pihak Kementerian lain serta Pihak Berkuasa Tempatan melalui
garis panduan dan perundangan. Selain itu, Kementerian juga sedang berusaha menyediakan kepakaran yang terdiri daripada kakitangan JUPEM dan pihak swasta. Menjelang 2020, Malaysia dijangka akan mempunyai lebih 150 orang pakar dalam pemetaan utiliti bawah tanah. JUPEM juga sedang memperluaskan aktiviti pemetaan utiliti bawah tanah ke seluruh Negara dengan penglibatan semua JUPEM negeri.

Sekian, terima kasih.

Attachments