Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

27 July 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

13

Soalan

DATO' HASBULLAH BIN OSMAN [GERIK] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keuntungan, memberi kesan kepada alam sekitar dan tempatan dengan melaksanakan projek FRIM dan FGV khususnya pembangunan bunga Rafflesia seluas 250 hektar di Bersia Timur, Gerik serta berapakah peruntukan disediakan bagi memastikan projek tersebut dapat dijayakan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Faedah serta kesan kepada alam sekitar yang diperoleh dari projek pembangunan sebuah Pusat Pemuliharaan dan Interpretif Rafflesia (PPIR) antara FRIM dan FGV ialah pengurangan ancaman dan kepupusan populasi Rafflesia termasuk eksploitasi pengutipan spesies ini sebagai sumber ubatan melalui pemuliharaan populasi Rafflesia di ekosistem semula jadinya; serta penjanaan pengetahuan baru menerusi pembangunan plot penyelidikan dan tapak ekologi jangka panjang.

Faedah kepada masyarakat tempatan ialah melalui peningkatan tahap sosio-ekonomi komuniti orang asli dan masyarakat setempat sebagai sumber tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran. Masyarakat tempatan dapat bertindak sebagai rakan kongsi dan pemain utama sektor industri indigenous tourism Rafflesia. Jaringan kerjasama sedia ada antara kerajaan persekutuan dan negeri juga dipereratkan menerusi penjanaan pendapatan hasil pelbagai pakej eko-pelancongan Rafflesia yang dijangka berjumlah RM150 juta bagi tempoh 5 tahun (2021-2025). Projek ini akan turut mewujudkan imej daerah Hulu Perak sebagai penggerak industri eko-pelancongan negara berteraskan indigenous tourism Rafflesia.
Dana yang diperuntukan bagi projek FRIM-FGV bagi tahun 2017-2020 ialah dana FGV berjumlah RM5 juta dan dana RMK-11 berjumlah RM10 juta.

Sekian, terima kasih


Attachments