Tuan Yang di-Pertua,
(a) Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Kementerian sebelum pengenaan moratorium, stockpile bauksit yang berada di dalam Pelabuhan Kuantan adalah sebanyak 3.72 juta tan matrik dan kesemua stockpile bauksit tersebut telah dieksport pada penghujung Mac 2016.
Manakala, bagi jumlah stockpile bauksit yang berada di luar pelabuhan pula adalah dianggarkan sebanyak 5.4 juta tan matrik yang mana ia terletak di sekitar kawasan seperti Harbour Park, Sungai Pengorak, lombong yang memiliki Pajakan Melombong / Lesen Melombong Tuan Punya dan Felda Bukit Goh.
b) Jumlah stockpile bauksit yang masih belum dikosongkan dan berada di sekitar Kuantan, Pahang masih dalam semakan Kementerian dengan bantuan Pihak Pentadbiran Tanah Negeri Pahang.
Sekian, terima kasih.