Tuan Yang di-Pertua,
JAS Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan dan mendapati terdapat kesan bunyi bising dari operasi PD Power Bhd tetapi berada di dalam tahap terkawal, dengan nilainya adalah dalam had yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 65 dBA pada siang dan 55 dBA pada waktu malam.
Dari pemantauan dan siasatan yang dilaksanakan mendapati pengukuran yang dibuat menunjukkan paras bunyi bising masih di dalam had yang ditetapkan dalam syarat EIA sebelum ini dan masih di bawah daripada had yang disyorkan di dalam Jadual ke-6, The Planning Guidelines for Environmental Noise Limits and Control, keluaran Jabatan Alam Sekitar. S
Selain itu juga Loji Janakuasa Elektrik PD Power Bhd juga di dapati tidak mengubah sebarang kaedah operasi mereka samada dalam bentuk tempoh operasi dan had penjanaan sepertimana yang diluluskan sebelum ini.
Kementerian ini melalui JAS Negeri Sembilan akan terus memantau aktiviti Loji Janakuasa Elektrik PD Power Bhd melalui Guided Self Regulation (GSR) sepanjang masa dan juga semakan ke atas pengukuran bunyi bising dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.