Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

50

Soalan

Tuan Lim Guan Eng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab kenapa daripada jumlah kos keseluruhan projek RMK9-RMK11 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang bernilai RM1,789 juta, peruntukan semasa/ siling projek hanya berjumlah RM461 juta dan jumlah perbelanjaan pula hanya sebanyak RM443 juta, hanya berjumlah 24.6 peratus dibelanja. Ke manakah peruntukan selebihnya disalurkan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kos keseluruhan sebanyak RM1,789 juta (RMKe-9 sehingga RMKe-11) yang dimaksudkan adalah kos projek yang dirancang, iaitu kos yang dipohon semasa penyediaan kertas permohonan RMK. Peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek yang diluluskan adalah berdasarkan keperluan dan nilai kerja semasa dan ianya tidak semestinya sama dengan kos projek yang dirancang.

Sekian, terima kasih.

Attachments