Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

78

Soalan

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan hutan yang tidak pernah dibalak di setiap negeri di Malaysia pada setakat ini. Adakah Kerajaan bercadang melaksanakan skim bayaran royalti tahunan kepada negeri-negeri berdasarkan kepada keluasan hutan asli yang dikekalkan di negeri itu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Keluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 5.8 juta hektar. Daripada jumlah tersebut, seluas 2.4 juta hektar adalah merupakan kawasan Hutan Perlindungan dan kebanyakkannya merupakan hutan yang tidak pernah dibalak.
Pada masa ini, pihak kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan skim bayaran royalti tahunan kepada negeri berhubung pengekalan keluasan hutan asli.

Sekian, terima kasih.

Attachments