Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

1

Soalan

​YAB MENTERI JAWAB

SOALAN: Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [Lipis] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk menjana sumber pendapatan baru (New Forest Wealth Creation) bagi meningkatkan hasil pendapatan negara melalui eko pelancongan hutan.

Jawapan

​Tuan  Yang di-Pertua,

Sebanyak 110 kawasan Taman Eko-Rimba (TER) atau dahulunya dikenali sebagai Hutan Lipur dan lapan (8) kawasan Hutan Taman Negeri (HTN) yang terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal telah dibangun dan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Kawasan yang telah dibangunkan itu mempunyai ciri-ciri keunikan seperti landskap semula jadi serta kepelbagaian flora dan fauna yang berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi Ekopelancongan Hutan. Ciri-ciri ini menjadi satu kelebihan bagi menarik pelancong atau pengunjung yang gemarkan alam semulajadi dan mampu menjana sumber pendapatan baru hutan (New Forest Wealth Creation) kepada negara.
usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk menjana sumber pendapatan baru (New Forest Wealth Creation) bagi meningkatkan hasil pendapatan negara melalui eko pelancongan hutan diperoleh menerusi beberapa pendekatan.
1. Usaha pemuliharaan eko sistem hutan semulajadi atau konservasi in-situ di Malaysia seperti Taman-Taman Negara, Taman Negeri, Tapak-Tapak Warisan dan Tapak yang diiktiraf diperingkat antarabangsa seperti Tapak RAMSAR.
2. Usaha pemuliharan hutan yang terletak berhampiran kawasan bandar atau komuniti dikenali sebagai Urban Forest.
3
3. Usaha pemuliharaan hutan bersama bersama pihak berkuasa tempatan menerusi kerjasama MoU seperti Majlis Perbadanan Putrajaya.
4. Memajukan kawasan-kawasan Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) yang sediaada dan mengenalpasti kawasan baru yang berpotensi.
Antara usaha dan kerjasama yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjana sumber pendapatan baru (New Forest Wealth Creation) bagi meningkatkan hasil pendapatan negara adalah menerusi eko pelancongan hutan seperti projek-projek berikut:-
1. Projek Pembangunan Cameron Highlands Montane Biodiversity Centre (CH-MBC) di kawasan Hutan Lipur Parit Falls, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
2. Kilim Geoforest Park di Langkawi, Kedah yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan UNESCO merupakan formasi batuan yang berusia 500 juta tahun.
3. Pulau Anak Tikus (Kilim Geoforest Park, Langkawi, Kedah) yang merupakan satu-satunya surface fossil di Malaysia.
4. Kawasan Tapak Warisan FRIM di Kepong Selangor merupakan usaha eko pelancongan hutan berhampiran kawasan bandar. Pembangunan tapak berteraskan infrastruktur hijau menerusi
4
program Heart of Heritage FRIM (HOH-FRIM) akan dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjelang 2020.
5. Jerai Geopark Kebangsaan merupakan kawasan hutan yang telah dikenalpasti mempunyai batuan.
6. Pusat Konservasi Gajah dan Institut Biodiversiti di Kuala Gandah, Pahang.

Sekian, terima kasih.


Attachments