Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

93

Soalan

Dr. Michael Teo Yu Keng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

  1. apakah perkembangan pelaksanaan projek mitigasi banjir di kawasan Miri untuk mengurangkan banjir setempat terutama di kawasan Piasau, Luak, Miri by-pass dan Kawasan Taman Tunku;dan

     

    (b)  sama ada terdapat bajet tambahan diperuntukkan untuk tujuan       mempertingkatkan usaha mitigasi banjir di kawasan Miri dalam tahun 2017 .

     

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan sebanyak RM30 juta dalam RMKe-11 bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Miri. Status semasa projek ini adalah dalam proses reka bentuk terperinci. RTB Sungai Miri di jangka akan ditender pada hujung tahun 2017 dan di jangka siap pada tahun 2020.
     

    Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak juga telah meluluskan peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek kecil tahun 2017 untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kawasan Miri yang akan dilaksanakan oleh pihak JPS berjumlah RM2,411,672.00.

     
    b)      Bagi tujuan mempertingkatkan usaha mitigasi banjir di kawasan Miri, tiada bajet tambahan diperuntukkan dalam tahun 2017.

     Sekian, terima kasih.

     

     

Attachments