Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

03 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

26

Soalan

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:
(a) status permohonan DOE oleh projek Mega '' Melaka Gateway" dan jenis kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian dan apakah kesan-kesan yang perlu diatasi oleh projek tambak laut; dan
(b) apakah syarat-syarat yang perlu diikuti dan bagaimanakah dengan pemantauan oleh Kementerian ini.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Dimaklumkan KAJ Development Sdn Bhd merupakan pemaju projek Melaka Gateway yang telah diberikan konsesi oleh Kerajaan Negeri Melaka melakukan kerja menambak laut di kawasan Bandar IV, Bandar Melaka, Daerah Melaka Tengah, Melaka seluas 609 ekar. Kawasan tambakan terletak sebahagian dalam kawasan yang diluluskan oleh Laporan EIA Makro bagi Cadangan Projek Penambakan Pantai di Sepanjang Negeri Melaka. Kementerian melalui JAS telah mengarahkan pemaju projek Melaka Gateway untuk menjalankan Kajian Impak Sosio – Ekonomi bagi pembangunan projek penambakan Pulau Melaka sediada serta menjalankan Audit alam sekeliling bagi kawasan penambakan di Fasa 1 sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 33A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Kesan-kesan yang perlu diatasi oleh tambak laut adalah seperti kesan serakan sedimen, hakisan pantai, pemendakan sedimen dan lain-lain yang telah diperincikan di dalam kajian EIA serta kajian Hidraulik.
Laporan EIA perlu disediakan bagi cadangan projek penambakan Pulau Melaka East 3 (PME 3) dan Pulau Melaka East 4 (PME 4) serta topside development bagi kesemua pulau yang terlibat dan laporan kajian sosioekonomi perlu dimasukkan dalam laporan EIAyang akan disediakan kelak.

Sekian, terima kasih.

Attachments