Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

96

Soalan

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:
a) apakah pandangan Kerajaan keatas penarikan diri negara Amerika Syarikat daripada perjanjian iklim Paris 2015 ; dan
b) apakah reaksi daripada negara-negara penandatangan Perjanjian Iklim Paris 2015 berikutan dengan perkembangan ini


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim mengecewakan ramai pihak. Sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dan keselamatan global, tindakan Amerika Syarikat menarik diri dari Perjanjian Paris merupakan keputusan yang bercanggah dengan persetujuan yang telah dicapai sebelum ini. Susulan daripada perkara tersebut, Kesatuan Eropah, China, India dan negara-negara lain mengambil pendirian untuk terus kekal di dalam Perjanjian Paris.

Malaysia juga akan meneruskan komitmen yang dipersetujui di dalam Perjanjian Paris dan akan bersama-sama dengan 151 buah negara lain yang telah meratifikasi Perjanjian Paris untuk bekerjasama menangani isu alam sekitar dan perubahan iklim.

Sekian, terima kasih.

Attachments