Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

99

Soalan

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) sejauh mana keberkesanan tindakan penguatkuasaan pihak Jabatan Perhilitan dalam usaha mereka untuk mengelakkan kepupusan hidupan liar di negara ini ; dan
(b) jenis tindakan yang telah dilaksanakan serta jumlah dana yang disediakan oleh pihak kementerian bagi melaksanakan langkah diatas .


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memandang serius aktviti yang menyalahi undang-undang dan peraturan berkaitan hidupan liar seperti penyeludupan, pemburuhan haram, pemilikan hidupan liar tanpa lesen dan penjualan hidupan liar tanpa lesen. Untuk itu, pelbagai usaha penguatkuasaan telah dijalankan bagi memastikan kelestarian hidupan liar diteruskan bagi mengelak kepupusan. Undang-undang dan peraturan disediakan bagi mengawal selia pengambilan, penggunaan dan perdagangan dengan matlamat jangka masa panjang untuk manfaat serta kesejahteraan seluruh masyarakat Malaysia dan menjamin kelestarian hidupan liar negara.
Bagi tempoh 2013 hingga Jun 2017, terdapat 5412 kes yang telah didaftarkan yang melibatkan pelbagai kesalahan dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan seramai 501 orang telah didakwa. Mereka yang didakwa ini bukan sahaja dikalangan warganegara Malaysia tetapi terdiri daripada warganegara Indonesia, Vietnam, Kemboja, Thailand, Bangladesh, India, China, Pakistan dan Kenya. Manakala jumlah hidupan liar yang telah diselamatkan bagi tempoh 2015 hingga Jun 2017 adalah sebanyak 1784 ekor dimana semua hidupan liar spesis tempatan yang sihat telah dilepaskan semula ke habitat asal terutamanaya di rizab-rizab hidupan liar dibawah pengurusan Jabatan PERHILITAN
3
Beberapa tindakan telah dilakukan oleh Jabatan PERHILITAN dalam mencapai kejayaan kes bagi tempoh 2013 hingga Jun 2017. Di antaranya :
i. Meningkatkan kadar kehadiran pegawai penguatkuasaan di kawasan “hot spot” di rizab-rizab dan Taman Negara serta Hutan Simpan. Pendekatan ini dilakukan melalui program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Ops Khazanah. Kedua-dua pendekatan ini adalah inisiatif kerjasama Jabatan PERHILITAN dengan penguatkuasa dari Angkatan Tentera Darat Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia;
ii. Menutup ruang pemasaran dan meningkatkan pemantauan pengiklanan penjualan hidupan liar secara atas talian. Bagi menjayakan strategi ini Jabatan PERHILITAN telah mendapat kerjasama dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan penyedia portal jualan online seperti Mudah.my yang membolehkan tapisan dibuat terhadap iklan yang dimuatnaik sebelum ia dibuka kepada pengguna;
iii. Menyekat mod penghantaran hidupan liar kepada pembeli. Strategi ini dilakukan dengan menjalinkan kerjasama dengan operator pengangkutan awam darat, syarikat penghantaran barang dan syarikat penerbangan; dan
iv. Meningkatkan kapasiti pengumpulan matlumat sindiket hidupan liar. Pendekatan ini adalah perlu berikutan kebanyakan penjenayah bergerak dalam kumpulan tertutup yang sukar dimasuki bagi mendapatkan matlumat kegiatan mereka.
4
Bagi melaksanakan aktiviti penguatkuasaan yang dirancang Jabatan PERHILITAN bergantung kepada sumber dana dari Peruntukan Mengurus Kementerian. Kementerian telah memastikan sejumlah 15-20 peratus iaitu anggaran lebih 1.7 juta daripada peruntukkan dibawah Objek Am iaitu Perkhidmatan dan Bekalan diperuntukkan kepada aktiviti penguatkuasa undang-undang.
Kementerian juga menerima Peruntukkan Khas di bawah NBOS di atas program 1MBEON. Bagi tempoh 2014 sehingga 2017, sejumlah RM 5.6 juta atau purata 1.4 juta setahun telah diterima bagi menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu, Taman Negara Kelantan, Taman Negara Endau di Johor, Taman Negeri Royal Belum di Perak dan Rizab Hidupan Liar Krau di Pahang.
Selain itu, Peruntukan Pembangunan Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMke-11) telah diluluskan ke atas Program Perlindungan Dan Kawalan Strategik Khazanah Biodiversiti Negara. Program RMke-11 ini adalah bertujuan meningkatkan kapasiti Jabatan PERHILITAN dari segi kemudahan penguatkuasa dan kompetensi kakitangan dalam menghadapi perkembangan jenayah hidupan liar pada era perkembangan teknologi yang pesat dalam membenteras jenayah dengan lebih efisien.
Kementerian menyakini bahawa setiap tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN mendatangkan kesan pencegahan yang berkesan
5
kepada kelestarian hidupan liar di negara ini dan mencegah kepada kepupusan. Namun keberkesanan inisiatif ini bersifat sementara kerana penjenayah-penjenayah ini akan menukar modus operandinya bagi mencapai matlamat kerana aktiviti haram berkaitan hidupan liar memberi jaminan pulangan yang lumayan dan mempunyai risiko yang amat rendah. Bagi memastikan doktrin ini dihapuskan, Jabatan PERHILITAN akan meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dimana akan mengenakan hukuman denda yang lebih berat dan juga mencadangkan bagi dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan menceroboh kawasan rizab-rizab dan kezaliman kepada hidupan liar.

Sekian, terima kasih.

Attachments