Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

122

Soalan

Dr. Ismail Bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh Kementerian terhadap semua bekas-bekas lombong di negara ini untuk mengelakkan kejadian lemas seperti di lombong bauksit Kuantan berlaku lagi.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini menggalakkan Kerajaan Negeri menggunakan wang dalam Kumpulan Wang Pemulihan Bersama yang dibayar oleh pengusaha lombong selaras peruntukan di bawah Enakmen Mineral Negeri untuk memulihkan tanah-tanah yang terjejas akibat aktiviti perlombongan termasuk tanah-tanah bekas lombong kecuali tanah milik.
Selain itu, di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Skim Pengedalian Melombong, Pelan dan Buku Rekod) 2007 semua pengusaha diwajibkan untuk mengemukakan suatu Skim Pengendalian Melombong yang antara lainnya mengandungi cadangan pemulihan secara progresif dan cadangan penutupan lombong. Skim tersebut perlu dipatuhi oleh pengusaha dan aktiviti tersebut dikawalselia oleh Jabatan Mineral dan Geosains.

Kaedah menimbus lubang yang terhasil daripada aktiviti pengekstrakan mineral merupakan salah satu dari kaedah-kaedah pemulihan bekas lombong. Walau bagaimanapun, terdapat kaedah lain yang boleh digunakan oleh pengusaha bagi memulihkan lombong mengikut perancangan kegunaan akhir tanah tersebut seperti penstabilan cerun, dan revegetation.
Dalam hal ini, Kementerian menegaskan sekiranya pengusaha gagal untuk mematuhi Skim Pengendalian Melombong yang telah diluluskan, mereka akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan perundangan yang sedang berkuat kuasa.

Sekian, terima kasih.


Attachments