Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

129

Soalan

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap aktiviti pembalakan haram yang dikesan berlaku di Ulu Muda, Kedah. Adakah kawasan tersebut akan digazetkan sebagai Hutan Simpan. Jika tidak, kenapa, memandangkan kepentingan ia sebagai kawasan tadahan utama bagi negeri-negeri utara Semenanjung. Juga, adakah pembenihan awan akan dijalankan secara berterusan bagi mengelak musim kemarau berpanjangan di utara Semenanjung.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Hutan Simpan Ulu Muda di Kedah seluas 106,418 hektar terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Hutan Pengeluaran seluas 88,232 hektar dan Hutan Perlindungan seluas 18,186 hektar. Daripada kawasan Hutan Perlindungan tersebut seluas 12,484 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) di bawah seksyen 10 (1) (e) Akta 313, Akta Perhutanan Negara 1984.

Sekian, terima kasih.


Attachments