Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

130

Soalan

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan senarai pengusahasilan (projek) yang dijalankan di Kawasan Hutan Simpanan Kekal dilesenkan di setiap negeri bagi tempoh 2006- 2016. Perincikan senarai berkaitan dan adakah usaha penanaman semula dijalankan. Nyatakan juga berapakah kes pembalakan haram yang dilaporkan pada tempoh sama, jumlah tangkapan dan hukuman yang dikenakan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Aktiviti pengusahasilan yang dilaksanakan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia di kawal keluasannya melalui penetapan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara dan terhad hanya dalam kawasan hutan yang dikategorikan sebagai Hutan Pengeluaran sahaja. Berdasarkan rekod jabatan, jumlah kawasan yang telah diusahasil dalam HSK mengikut negeri bagi tempoh 2006-2016 adalah seperti berikut:
Jadual : Jumlah keluasan kawasan usahasil dalam HSK mengikut negeri bagi tahun 2006-2016

NEGERI
LUAS KAWASAN USAHASIL (HA)
Johor
22,969
Kedah
27,896
Kelantan
82,891
Pahang
135,117
Perak
77,010
Terengganu
50,469
Melaka
190
Negeri Sembilan
10,095
Selangor
4,551
JUMLAH
411,188

Daripada keluasan 411,188 hektar kawasan HSK yang telah diuasahasi bagi tempoh 2006-2016, seluas 11,564 hektar kawasan tersebut telah dijalankan tanaman mengaya. Aktiviti tanaman mengaya ini dilaksanakan oleh JPSM bertujuan untuk memulihkan isi kandungan hutan dengan jenis-jenis pokok berpasaran dan bermutu. Di samping itu,

3
pihak pelesen pengusahasilan disyaratkan untuk menanam dengan kadar segera kawasan-kawasan terosot akibat aktiviti pengusahasilan yang melibatkan pembinaan lorong penarik dan kawasan matau sementara serta kawasan-kawasan terbuka/rosak sebelum kawasan lesen tersebut ditutup.
Pihak Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan seringkali terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan jabatan dan agensi penguatkuasaan lain untuk mengawal dan membanteras aktiviti pembalakan haram dan penerokaan hutan. Berikut adalah kes pembalakan haram yang telah dikesan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan, jumlah tangkapan serta kompaun dan gantirugi dari tahun 2006-2016 sepertimana jadual :-
Jadual: Kes Pembalakan Haram, Jumlah Tangkapan, Kompaun dan Ganti Rugi Di Semenanjung Malaysia Dari Tahun 2006 - 2016

Status 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

Dalam Hutan Simpanan Kekal
23
20
29
22
43
21
7
2
1
12
10

Dalam Tanah Kerajaan
11
18
13
8
11
3
1
0
0
0

1 Jumlah Kes 34 38 42 30 54 24 8 2 1 12 11 Jumlah Tangkapan (Bilangan Orang) 18 34 56 36 39 13 17 0 8 5 3 Jumlah Kompaun & Ganti Rugi (RM Juta) 2.4 3.1 4.2 1.8 1.3 3.5 5.2 5.3 5.4 5.2 0.4

Sekian, terima kasih.


Attachments