Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

132

Soalan

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tiada tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam projek penambakan Projek Aman Laut, Kedah. Adakah laporan Penilai Kesan Alam Sekitar (DEIA) telah dikemuka dan diluluskan. Berapakah kelulusan tambakan yang terlibat dan apakah tindakan yang diambil untuk mengembalikan keadaan asal kawasan yang ditambak berkenaan.

Jawapan

Yang di-Pertua,

Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Penambakan Aman Laut telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 15 Jun 2017. Projek penambakan tersebut melibatkan kawasan tebusguna tanah seluas 122.90 ekar bagi tujuan pembangunan bercampur yang terdiri daripada kediaman, komersial dan infrastruktur. Laporan EIA tersebut sedang dinilai oleh JAS.

Walau bagaimanapun, JAS mendapati pihak pemaju projek telah menjalankan kerja-kerja tanah bagi tujuan penyediaan laluan masuk ke tapak projek tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Laporan EIA daripada JAS.
Sehubungan itu, JAS sedang melengkapkan kertas siasatan bagi syor tindakan mahkamah di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana telah menjalankan kerja-kerja tanah tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Laporan EIA dari JAS.

JAS juga telah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2012) kepada pemaju projek pada 15 Mei 2017.

Sekian, terima kasih.


Attachments