Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

156

Soalan

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah peruntukan untuk pembinaan projek tebatan banjir di Parlimen Lipis, yang mana masalah banjir di Parlimen Lipis semakin kerap berlaku. Sekiranya tiada dalam permohonan dari agensi Kerajaan terhadap projek tebatan untuk Parlimen Lipis, adakah Kementerian akan mengkaji semula keperluan projek tebatan ini khususnya di Parlimen Lipis.

 


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah membuat permohonan dalam Rolling Plan 3 (RP3) RMKe-11 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Jelai (Fasa 1), Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur.

Objektif utama perlaksanaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Jelai (Fasa 1), Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur adalah bagi melindungi penduduk-penduduk di sepanjang Lembangan Sg. Jelai dari masalah limpahan Sg.Jelai serta sub-lembangannya. Melalui pelaksanaan projek ini, diharapkan isu keselamatan penduduk, kemusnahan/ kerosakan harta benda serta kesan negatif terhadap ekonomi yang telah mengakibatkan nilai kerugian yang tinggi dapat diselesaikan sepenuhnya. Selain daripada itu, pelaksanaan projek kelak secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk dan meningkatkan nilai hartanah setempat.

Antara skop dan komponen projek adalah seperti berikut;

  1. Pekhidmatan perunding : Siasatan tanah, Pengukuran tanah, Kajian/ Reka bentuk terperinci;
  2. Peta hazard banjir;
  3. Pengambilan balik tanah;
  4. Mempertingkat aliran sungai dengan melaksanakan kerja melebar & mendalam sungai;
  5. Penstabilan dan pengukuhan tebing;
  6. Pembinaan ban atau tembok banjir;
  7. Membina struktur kawalan banjir.Membina sistem saliran baru atau menaiktaraf sistem saliran sedia ada;
  8. Pembinaan kolam takungan banjir dan sistem pam;
  9. Menaiktaraf struktur lintasan dan jambatan; dan
  10. Pengalihan utiliti.

     
    Kos keseluruhan bagi cadangan projek tersebut dianggarkan sebanyak RM45,000,000.00.

     
    Sekian, terima kasih.

Attachments