Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

362

Soalan

TUAN KHALID BIN ABD SAMAD [SHAH ALAM] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah hutan simpan seluruh negara dan keluasan mengikut negeri yang telah diwartakan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 4,818,820 hektar telah diwartakan sebagai HSK. Berikut adalah keluasan HSK di Semenanjung pada tahun 2016:-
Jadual : Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung bagi tahun 2016
Sekian, terima kasih.
NEGERI
HUTAN SIMPANAN KEKAL
(HSK)
Telah Diwarta (ha)
Johor
333,721
Kedah
341,976
Kelantan
615,056
Melaka
5,137
Negeri Sembilan
155,650
Pahang
1,558,880
Perak
997,604
Perlis
10,615
Pulau Pinang
5,101
Selangor
250,129
Terengganu
544,883
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
68
Jumlah
4,818,820

Sekian, terima kasih.

Attachments