Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

364

Soalan

YB Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kes pencemaran air di seluruh negara mengikut negeri dari tahun 2008 sehingga sekarang dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Secara purata setiap tahun Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerima sebanyak 620 kes aduan pencemaran air sejak tahun 2008 sehingga sekarang.
Negeri Selangor merekodkan jumlah aduan kes pencemaran air yang paling banyak diterima sejak 2008 sehingga kini iaitu berjumlah 1,483 kes.
Statistik juga menunjukkan bahawa bilangan kes pencemaran air ini semakin berkurangan dari tahun 2011 sehingga kini berikutan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan yang sentiasa dilakukan oleh pihak Kementerian melalui JAS.
Dari segi perundangan, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan melakukan pencemaran air boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 25 (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Disamping itu denda tambahan tidak lebih daripada RM1,000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.
3
Penyelesaian secara total bagi isu pencemaran air perlu melibatkan banyak pihak agar penyelesaian secara holistik dapat dicapai. Antara pihak-pihak yang perlu dilibatkan dalam operasi penyiasatan, penguatkuasaan dan pemantauan adalah:
(i) Kerajaan negeri,
(ii) Pihak Berkuasa Tempatan,
(iii) Agensi kawal selia air di negeri-negeri, dan
(iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Menyedari hakikat ini, pendekatan yang dilakukan oleh Kementerian melalui JAS ialah penyiasatan secara bersepadu melalui konsep Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dianggotai oleh agensi kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah dan daerah, agensi pengurusan air negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi membolehkan komunikasi yang cepat dan tindakan siasatan yang pantas.
Pihak Kementerian juga ingin menyarankan semua pihak perlu lebih proaktif di dalam menjaga dan mengawal pencemaran dari punca-punca yang berada dalam tanggungjawab masing-masing.

Sekian, terima kasih.


Attachments