Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

490

Soalan

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan cara yang berkesan untuk memastikan projek-projek pembinaan dan pembangunan dilaksanakan dengan memeliharakan alam sekitar.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Dasar Alam Sekitar Negara 2002 merupakan strategi kerajaan untuk memulihara, menjaga dan mengurus alam sekitar dalam konteks pembangunan lestari. Dasar ini memberi panduan kepada semua pihak baik di sektor kerajaan ataupun swasta, industri, masyarakat dan lain-lain stakeholder untuk memastikan alam sekitar negara bersih, sihat dan produktif.
Rancangan Malaysia Ke-11 juga memberi perhatian kepada alam sekitar melalui komitmen yang padu terhadap pertumbuhan hijau dalam memastikan alam sekitar dan sumber asli negara kekal dipelihara dan dilindungi untuk generasi masa kini dan masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa mengambil langkah untuk memastikan sebarang aktiviti atau cadangan projek pembinaan dan pembangunan tidak memberi impak / kesan yang serius kepada alam sekitar melalui usaha-usaha berikut:
(i) Menasihati Kerajaan Negeri, pemaju projek atau pihak berkuasa meluluskan projek supaya mengambilkira aspek alam sekitar di dalam merancang sesuatu projek pembangunan seperti kesesuaian tapak bagi cadangan sesuatu projek hendaklah ditentukan di peringkat awal
3
perancangan projek. Ini boleh mengelakkan lokasi projek yang dicadangkan atau dirancang itu melibatkan kawasan sensitif alam sekitar seperti hutan simpan, tapak hutan paya bakau yang diwartakan dan sebagainya.
(ii) Menghendaki pemaju projek menjalankan kajian kesan penilaian kepada alam sekitar (EIA) yang komprehensif bagi cadangan projek pembangunan yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Kajian EIA yang dijalankan perlu mengambilkira skop kajian terperinci bagi isu-isu kritikal dari segi ramalan impak dan cadangan langkah kawalan yang perlu diambil oleh pemaju projek semasa pembinaan dan juga operasi.
(iii) Semasa fasa pembinaan dan pengoperasian, aktiviti pemantauan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Laporan EIA diikuti oleh pihak pemaju projek.

Sekian, terima kasih


Attachments