Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

504

Soalan

Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kos dan jaminan keselamatan pemeliharaan kawasan pantai Telok Lipat dan Pantai Sura Dungun.

 


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kajian bagi pengawalan hakisan pantai di Pantai Teluk Lipat iaitu 'Principal Consultant For The Coastal Protection Works At Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu' telah dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada Julai 2011. Hasil daripada kajian berkenaan ECERDC telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan 4 buah headlands di kawasan pantai berkenaan.

Pada tahun 2016, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4,477,440.00 bagi penyelesaian segera untuk menangani hakisan yang teruk berlaku di Pantai Teluk Lipat pada 2 Feb 2016. Kerja tersebut telah dilaksanakan pada 25 Februari 2016 dan siap pada 23 Jun 2016 merangkumi kawasan hakisan sepanjang 800 meter.

Manakala projek di Pantai Sura Dungun adalah di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

 

 

Attachments