Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Air Larian Hujan Ribut di kawasan Bandar (Urban Stormwater Management Manual) untuk Malaysia atau dikenali sebagai MSMA. Garis panduan tersebut telah di terima pakai oleh Kabinet pada Januari digunakan oleh 2001 untuk pembangunan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengutamakan konsep kawalan dipunca. Dalam garis panduan tersebut, kolam adalah salah satu kaedah yang diguna bagi mengumpul lebihan air larian yang ada semasa hujan lebat atau waktu puncak.
Lanjutan daripada itu, pihak NRE melalui JPS telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk beberapa buah bandar di negara ini untuk membantu pihak kerajaan menangani masalah banjir kilat. Melalui PISMA, banyak kolam-kolam takungan yang dicadangkan dan telah dibina bagi mengatasi masalah banjir kilat. Pembinaan kolam takungan sebagai kaedah mengatasi masalah banjir kilat adalah mengikut kepada kesesuaian tapak dan juga punca kepada berlakunya banjir.
Melalui rekod daripada pihak JPS dan PBT, terdapat lebih kurang 1800 buah kolam takungan yang dibina oleh pihak pemaju dan jumlah ini akan sentiasa meningkat mengikut keperluan semasa.
Pemanfaatan air takungan kolam untuk dijadikan sebagai sumber alternatif kepada sumber air yang tidak terawat adalah satu langkah yang baik dan perlu diperhalusi. Memandangkan kolam-kolam yang dibina adalah tidak berskala besar, pembinaan infrastrutur untuk menjadikan air kolam tersebut sebagai sumber air terawat tidak ekonomikal berbanding dengan sumber yang lain seperti sungai dan air bawah tanah.
Sekian, terima kasih.